MCA Sokong Pelaksanaan GST

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Chua Soi Lek
Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR: MCA, pada Selasa menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti mana yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2014.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ketetapan itu dibuat kerana GST dilihat bersifat adil dan telus dalam masyarakat secara keseluruhan berbanding sistem cukai sedia ada.

"Untuk jangka masa panjang, ia lebih telus dan adil.

"Ia adalah berdasarkan penggunaan. Lebih banyak kita guna, lebih banyak yang perlu dibayar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di Wisma MCA, di sini.

Dr Chua berkata sebelum GST dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan bagaimanapun perlu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kebaikan GST dan penjelasan yang lebih mengenai harga barangan selepas dikenakan GST.

"Diharapkan rakyat tidak terkeliru dengan pembangkang (mengenai GST).

"Kita mahu kerajaan memberi lebih banyak pengetahuan kepada masyarakat. Produk apakah yang termasuk dalam GST dan produk apa yang dikecualikan.

"Kerajaan harus membuat sebuah buku perbandingan harga supaya masyarakat mengetahui perbezaan harga barangan sebelum dan selepas dikenakan cukai," katanya, sambil mencadangkan agar 'roadshow' turut diadakan bagi membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut tentang GST.

Dalam pada itu, MCA turut mencadangkan supaya kadar enam peratus GST yang ditetapkan dikekalkan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun atau lebih dari tarikh pelaksanaan.

Dr Chua berkata dalam melaksanakan GST, kerajaan tidak seharusnya melihat kepada golongan berpendapatan rendah semata-mata tetapi juga perlu memberi perhatian kepada golongan berpendapatan sederhana.

"Kadar cukai pendapatan individu dan cukai korporat perlu dikurangkan sebaik sahaja GST dilaksanakan.

"Kerajaan perlu melihat golongan berpendapatan sederhana supaya mereka tidak menanggung beban akibat penambahan cukai," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan