Kesihatan MB Pahang Makin Pulih

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adnan Yaakob
Adnan Yaakob

KUANTAN: Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih.

Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan