Kerajaan Di Peringkat Akhir Bangunkan Sistem GST

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selaras pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, kerajaan kini di peringkat akhir menyiapkan pusat pemprosesan dan sistem pengkomputeran untuk percukaian baharu itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata KDM telah mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai lokasi pusat pemprosesan, yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Sistem pengkomputeran yang dikenali sebagai myGST itu kini telah 98 peratus siap dan sedia untuk percubaan hujung tahun ini.

"Pada bulan Disember ini, sistem myGST ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh kastam, dan kita akan buat ujian selepas itu," kata Khazali kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berkata sistem myGST itu diharap dapat memudahkan peniaga melakukan pendaftaran, pengauditan dan tuntutan balik bayaran, tanpa perlu ke pusat pemprosesan.

"Sistem itu sudah sedia, kini perniagaan perlu bersedia untuk melaksanakan sistem baharu itu.

"Mengenai keselamatan, ia diuji oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan oleh itu tidak ada isu keselamatan dan kita ada akta mengenai data sulit," katanya.

Selain itu, sistem myGST ini juga akan disepadukan dengan beberapa agensi penting seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tidak lama lagi ia akan turut diintegrasikan dengan bank di seluruh negara.

Setakat ini, enam bank telah mengesahkan penyertaan mereka, termasuk Maybank, RHB Bank dan CIMB.

"Kita akan lantik mereka dan tidak ada sebab untuk mereka menolak disebabkan ia merupakan pendapatan untuk mereka," kata Khazali.

Selain itu, KDM juga sedang mentransformasikan Sistem Maklumat Kastam kepada sistem baharu yang akan dikenali sebagai U-Customs.

U-Customs merupakan sistem data import-ekport, dan apabila siap kelak turut akan disepadukan dengan myGST.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan