Jawatankuasa Khas Kenal Pasti 55 Penjawat Awam Terlibat Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 55 pegawai telah dikenal pasti terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menyiasat salah laku penjawat awam setakat 28 Oktober lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata bilangan itu adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang melibatkan 11 kementerian dan agensi. "Bagi kes yang disyaki ada unsur rasuah dan penyelewengan, sebanyak 15 kertas siasatan melibatkan projek dan perolehan di tujuh agensi telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Kesemua laporan siasatan itu telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan kerajaan negeri yang terlibat bagi membolehkan mereka meneliti, dan mengambil tindakan syor berkenaan, termasuk surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan (kembali) kepada jawatankuasa siasatan dalam masa 21 hari," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa perbentangan Bajet 2014 bulan lepas bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 pada 1 Okt lepas, sejumlah 319 teguran dibuat, melibatkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 negeri.

"Sebanyak 94 teguran diterima melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Wahid Omar berkata kurang penyertaan daripada sektor swasta adalah antara faktor menyumbang kepada kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam mencapai matlamat merapatkan jurang ekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya sektor swasta seharusnya bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat Model Baru Ekonomi dan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tercapai dan tidak hanya meletakkan peranan itu di bahu kerajaan semata-mata.

"Sektor swasta kurang memainkan peranan dalam pelaksanaan DEB, sedangkan sektor itu menyumbang 58 peratus kepada pertumbuhan ekonomi berbanding sektor awam hanya 42 peratus. Kalau hanya kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan dasar ini memanglah lambat untuk mencapai sasaran. "Sekiranya sektor swasta bersama sektor awam bekerjasama mencapai matlamat dasar ini, ia akan lebih berkesan," katanya ketika menjawab pencelahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat.

Persidangan dewan bersambung hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan