Hadi Awang Nafi Dilantik Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan laporan akhbar Mesir, Al-Wathan bahawa beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

Beliau berkata laporan muka depan akhbar berkenaan mendakwa beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa yang baru bagi parti politik berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Abdul Hadi berkata PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.

"Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya.

Dalam laporannya pada 10 November, Al-Wathan mendakwa Abdul Hadi telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa parti berkenaan dan telah dipersetujui oleh ibu pejabat sekteriat berkenaan yang terletak di Malaysia.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS menyokong proses demokrasi dan hak asasi rakyat Mesir dalam memilih pemimpin mereka.

"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

"Bekas Presiden Mohammed Morsi perlu dikembalikan jawatannya. Sama ada orang Mesir terima atau menolaknya itu adalah hak mereka. Tidak perlu ada kuasa tentera untuk menggulingkannya," katanya.

Morsi, merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipilih sebagai Presiden Mesir yang kelima pada Jun tahun lalu, beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa selepas 13 bulan memerintah.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan