Generasi Muda Perlu Diberi Peranan Dalam Masyarakat - PM

Diterbitkan: Selasa, 12 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem politik dan ekonomi perlu diwujudkan untuk membolehkan generasi muda mencapai aspirasi mereka dan mempunyai peranan dalam masyarakat.

Perdana Menteri berkata dalam era globalisasi, isu memperkasa golongan muda dan kepentingan melibatkan penyertaan mereka menjadi cabaran penting bagi kebanyakan negara-negara Islam hari ini.

"Sebagai pemimpin bertanggungjawab, respons kita tidak boleh untuk mencuba dan mengawal internet atau mengharamkan alat komunikasi baharu yang sememangnya berharga kepada ekonomi moden. Sebaliknya, kita perlu memastikan bahawa anak-anak muda diberi peranan dalam masyarakat kita," katanya dalam ucaptama pada majlis makan malam tahunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (Unam) di sini Isnin malam.

Najib berkata di Malaysia, pembaharuan ekonomi telah membuka ekonomi negara kepada dunia dan dengan menggalakkan pencapaian kewangan, telah membawa kepada kematangan politik.

"Kita tidak mengalami pergolakan "Malaysia Spring" kerana ekonomi kita cukup bertenaga untuk menampung aspirasi generasi muda dan politik kita cukup matang untuk menampung perubahan," katanya.

Turut hadir presiden Unam Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Tan Sri Razali Ismail.

Najib berkata beliau percaya Malaysia boleh menjadi contoh bagi negara-negara lain dengan cara kecilnya yang tersendiri, di mana negara boleh menjadi moden, demokratik, berjaya dan majoriti Islam.

Beliau berkata dengan menunjukkan aspek-aspek itu, sebuah negara bukan sahaja menjadi makmur tetapi juga dapat membantu mengalahkan naratif anti-moden dan regresif yang berada di tengah-tengah dakwah ekstremis.

Najib berkata usaha memperkasa wanita juga adalah penting untuk mewujudkan ekonomi global yang makmur dan saksama.

Beliau memetik statistik Bank Dunia di mana bagi penyertaan tenaga kerja wanita bagi 20 negara ke bawah, 19 adalah negara-negara majoriti Islam manakala laporan terbaharu Jurang Gender Global menunjukkan kemajuan yang perlahan tetapi stabil bagi kebanyakan dunia tetapi kekal statik bagi banyak negara-negara Islam.

"Situasi ini dengan jelas perlu berubah jika negara-negara mahu mengambil kesempatan daripada peluang yang ditawarkan oleh globalisasi.

"Dan tidak perlu ada konflik antara penyertaan wanita dan Islam. Banyak negara dengan sesetengah kadar penyertaan terbaik adalah majoriti Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata keputusan untuk meninggalkan wanita di luar daripada sistem ekonomi hanya akan merisikokan negara untuk berada di pihak yang salah dalam sejarah ekonomi.

Beliau berkata walaupun globalisasi telah menimbulkan banyak masalah, ia juga membawa peluang-peluang baharu.

"Dengan mengamalkan kesederhanaan, dalam semua bentuk, dan mencari kesempatan daripada dunia yang semakin terbuka dan saling bersambung, saya berharap Malaysia bukan sahaja akan kekal makmur tetapi juga menjadi contoh untuk diikuti negara-negara lain," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan