Bas Ke Genting Highlands Terbabas, Seorang Penumpang Cedera

Diterbitkan: Isnin, 11 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang cedera parah apabila bas persiaran yang membawa 22 penumpang terbabas ke dalam longkang di Km 3 Jalan Batang Kali-Jalan Genting, awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bidin berkata lelaki berumur 58 itu patah kaki kanan akibat tersepit dalam kejadian pukul 5 pagi tersebut dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Beberapa penumpang lain termasuk pemandu bas itu dilapor mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas kejadian itu, Zulkifli berkata nahas berlaku dalam keadaan hujan renyai apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas tersebut, menyebabkan pemandunya mengelak ke tepi jalan.

"Tindakannya mengakibatkan bas yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Genting Highlands itu terbabas dan masuk ke dalam longkang," katanya menambah semua penumpang rakyat tempatan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian.

Operasi tamat pada pukul 6.28 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan