Tengku Zafrul Nafi Spekulasi Sertai CIMB

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz, yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank (IB), menafikan spekulasi beliau menyertai bank saingannya, CIMB Group.

"Saya secara rasminya masih pekerja Maybank sehingga akhir tahun. Saya tidak boleh mengulas ke mana saya akan pergi," katanya kepada pemberita selepas memberikan ucapan pada sidang Kemuncak Korporat Muda Malaysia (YCM) Kelima di sini, Sabtu.

Pada 24 Sept, Maybank IB mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan peletakan jawatan Tengku Zafrul.

Mengenai sidang kemuncak itu, beliau berkata acara itu diadakan tepat pada masanya berikutan Malaysia kini bergerak untuk menjadi negara maju dan memerlukan sokongan generasi berikutnya.

"Inisiatif ini akan membantu membangunkan asas itu. "Korporat muda Malaysia perlu memahami bahawa negara kini merupakan sebahagian daripada ekosistem global. Lebih awal mereka menyedarinya, lebih baik untuk negara," katanya.

Sidang kemuncak sehari itu yang menarik hampir 1,000 peserta, bertujuan memberi inspirasi kepada pemimpin korporat generasi akan datang dengan memberikan mereka peluang untuk mendapat gambaran mendalam dan perspektif bermakna dunia perniagaan.

Sesi itu membincangkan pelbagai isu, daripada 'menggerakkan Malaysia dalam rantaian nilai' dan 'memperkukuh inovasi keusahawanan' sehinggalah kepada 'mewujudkan ekosistem untuk pertumbuhan' dan 'menjadikan Malaysia Hab Dunia'.

Penceramah termasuk Pengarah Urusan MRCB Bhd Datuk Mohamad Salim Fateh, Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Tan Sri AK Nathan dan Ahli Ekonomi Kanan Malaysia Rating Corp Bhd Nurhisham Hussein. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan