Penduduk Kejiranan Bangsar Gembira Menyambut Kepulangan Bayi Freddie

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sarah Joseph bersama dengan anaknya Freddie yang ditemui di Taman Tasik Titiwangsa.
Sarah Joseph bersama dengan anaknya Freddie yang ditemui di Taman Tasik Titiwangsa.

KUALA LUMPUR: Bayi Freddie akhirnya tiba di rumahnya pada pukul 2.42 petang selepas hampir 18 jam diculik.

Jiran tetangga berkumpul di hadapan rumah dua tingkat di mana Freddie diculik pada petang Jumaat.

Sebaik sahaja keluarga bayi berkenaan tiba di Bangsar, beberapa orang jiran dilihat memberi ucapan selamat serta memeluk ibu Freddie, Sarah Joseph sebagai tanda meraikan kegemberiaan mereka menemui semula kanak-kanak comel berkenaan.

Seorang jiran yang tinggal selang tiga rumah daripada kanak-kanak berkenaan berkata dia mendengar ibu bayi tersebut menjerit dan melihatnya berlari ke arah jalan raya sebaik sahaja melihat penculik berkenaan mengambil Freddie.

"Kedua-dua tangannya berdarah kerana bergelut dengan penculik, ketika dia cuba mengambil bayinya semula.

"Sarah tidak kisah, kerana baginya nyawa anaknya itu adalah lebih penting dan hidupnya tidak bermakna tanpa Freddie," kata jirannya itu.

Sebelum keluarga berkenaan tiba, rumah berkenaan kosong sebaik sahaja tersebar berita mengenai penemuan seorang bayi lelaki di Taman Tasik Titiwangsa pada tengah hari Sabtu.

Pagi tadi, tiga kereta polis dengan sembilan orang pegawai berkawal dan meronda di sekitar jalan dihadapan rumah mangsa.

Pada kira-kira pukul 1.30 petang, berita mengenai seorang bayi dijumpai dan ia disahkan sebagai Freddie Joseph.

Jiran tetangganya mula berkumpul sebaik sahaja mendengar berita berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan