Panel Penasihat Bebas Teliti Laporan Nahas Genting Highlands

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan mengenai kemalangan bas ulang-alik di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur akan bermesyuarat minggu depan untuk menilai laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Pengerusi panel itu Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, baru-baru ini.

Beliau berkata panel itu akan menilai laporan tersebut mengikut lima aspek rujukan termasuk meneliti dan mengkaji laporan-laporan siasatan yang dikemukakan MIROS dan agensi kerajaan lain serta pihak yang terlibat seperti Genting Berhad. "Panel juga akan mendapatkan keterangan, penjelasan lanjut dan maklumat daripada agensi kerajaan dan pihak yang berkaitan jika perlu untuk membolehkannya menjalankan siasatan tersendiri. "Selain itu, panel akan mengesyorkan cadangan penambahbaikan bagi mengelakkan risiko kemalangan dalam keadaan yang serupa pada masa-masa hadapan bukan sahaja untuk kemalangan di Genting Highlands tetapi seluruh negara," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Ahad.

Lee berkata panel itu akan mencadangkan rangka kerja yang bersesuaian untuk melaksanakan cadangan penambahbaikan yang disyorkan Panel Penasihat Bebas berkenaan.

Beliau berkata panel itu juga akan membentangkan laporan keseluruhan Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutanuntuk menilai laporan MIROS dan menyerahkan laporan panel itu kepada Mmenteri dalam tempoh dua bulan dari tarikh penubuhannya.

Panel itu yang ditubuhkan pada 29 Okt turut dianggotai Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu, Presiden Institusi Jurutera Malaysia Choo Kok Beng, Presiden Chartered Institut of Logistics and Transport Malaysia Datuk Abd Radzak Abd Malek, Pakar Jurutera Perunding Mekanikal dan Kenderaan Bertauliah Datuk Foong Choy Chye dan Pakar Jurutera Perunding Lebuhraya/Juruaudit Keselamatan Jalan Bertauliah Aik Siaw Kong.

Lee berkata panel itu yang dianggotai pakar dalam bidang masing-masing juga bersetuju melaksanakan tanggungjawab berdasarkan keprihatin terhadap isu keselamatan jalan raya dan kehilangan nyawa akibat kemalangan.

"Menteri Pengangkutan ingin melihat Panel ini melaksanakan tanggungjawab tanpa pilih kasih terhadap mana-mana pihak dalam mencapai objektifnya selain memastikan ketulusan dalam semua aspek penyiasatan oleh pelbagai pihak berkuasa berkenaan," katanya. Beliau berkata selepas menyemak dan menilai semua laporan yang dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan, perakuan dan cadangan penambahbaikan daripada panel itu bukan sahaja tertumpu kepada kemalangan di Genting, malah akan merangkumi semua kawasan panas di seluruh negara yang melibatkan sistem pengangkutan awam.

Dalam nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, sebanyak 37 orang maut manakala 16 lagi cedera. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan