Najib Komited Bangunkan Langkawi Ke Tahap Tertinggi

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kanan) melihat replika Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) yang bakal dibina selepas majlis pecah tanah Hotel St.Regis Langkawi dan LICC pada Ahad. Turut kelihatan Pemilik Rajawali Koperasi, Tan Sri Peter Sondakh (dua, kiri) dan Pengerusi LADA, Tan Sri Khalid Ramli (kanan). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kanan) melihat replika Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) yang bakal dibina selepas majlis pecah tanah Hotel St.Regis Langkawi dan LICC pada Ahad. Turut kelihatan Pemilik Rajawali Koperasi, Tan Sri Peter Sondakh (dua, kiri) dan Pengerusi LADA, Tan Sri Khalid Ramli (kanan). -fotoBERNAMA

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau komited untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu, Langkawi memerlukan pelaburan dan jenama besar bagi menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi.

"Sudah tiba masa meneruskan misi Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana Menteri) untuk Langkawi. Banyak kejayaan yang telah dicapai..dan kita perlu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

"Kita perlu beberapa pelaburan yang kukuh ..jenama kelas tinggi perlu ada di Langkawi. Satu pendekatan baharu, untuk membawa Langkawi ke satu tahap...setaraf dengan Bali, Monaco dan tempat-tempat lain, apa yang kita panggil destinasi percutian nautika...Kemewahan! Itulah konsepnya, kita mahu Langkawi menjadi antara (destinasi) yang terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis pecah tanah Hotel St. Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Pengerusi Kumpulan Rajawali Tan Sri Peter Sondakh dan ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Tan Sri Khalid Ramli.

Najib berkata ketika beliau melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi pada 2011, sasarannya adalah untuk mendapatkan tiga juta pelancong setahun menjelang 2015.

Bagaimanapun untuk tahun ini sahaja jumlah kehadiran pelancong sudah mencapai 3.6 juta.

"Kita memerlukan pelancong yang boleh berbelanja mewah juga...Mesti ada dalam kepala pelancong dari setiap pelosok dunia, mereka yang boleh berbelanja dan menghebahkan kepada dunia bahawa Langkawi adalah antara yang terbaik di dunia," katanya.

Oleh itu beliau berkata apabila siap pada tahun 2015, resort nautika bersepadu yang terdiri daripada Hotel St Regis Langkawi yang mempunyai 84 bilik dan 11 villa serta LICC itu merupakan satu bentuk kemudahan pelancongan yang indah, yang begitu ikonik, yang kesan impaknya besar bukan sahaja kepada Langkawi tetapi Malaysia secara keseluruhannya.

Najib juga berharap apabila kedua-dua kemudahan itu siap kelak ia dapat digunakan pada sidang kemuncak Asean 2015 yang dijangka berlangsung pada April 2015.

-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan