Langkawi Akan Punyai Dua Mercu Tanda Baharu

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa melihat ke tapak projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) dari pemandangan laut selepas merasmikan majlis pecah tanah Hotel St.Regis Langkawi dan LICC pada Ahad. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa melihat ke tapak projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) dari pemandangan laut selepas merasmikan majlis pecah tanah Hotel St.Regis Langkawi dan LICC pada Ahad. -Foto BERNAMA

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan majlis pecah tanah untuk dua mercu tanda baharu di Langkawi Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Dalam ucapannya, Najib berkata Malaysia akan mengambil alih sebagai pengerusi ASEAN pada 2015 dan beliau mahu Sidang Kemuncak Asean, dijangka pada April 2015, diadakan di LICC.Projek itu, dilaksanakan oleh Rajawali Group, dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Pengerusi Rajawali Group Tan Sri Peter Sondakh, berkata syarikat itu memulakan pelaburannya di Langkawi pada 2005 dengan pengambilalihan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.

Dalam ucapannya pada majlis pecah tanah itu, Sondakh berkata kedua-dua projek itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mendorong ekonomi pulau itu.

"Kami memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi dan Kementerian Kewangan. Pelancongan adalah elemen utama untuk membangunkan pulau ini," kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Rajawali Integrated Nautical Resort (Subsdiaries), Ferry Ma'aruf, berkata syarikat itu akan membelanjakan lebih RM400 juta untuk membina hotel dan pusat konvensyen itu, yang terletak bersebelahan dengan Westin Hotel Resort and Spa Langkawi.

Katanya pelaburan untuk hotel itu melibatkan kos hampir RM300 juta manakala LICC pula lebih RM100 juta. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan