Kanak-Kanak Diculik Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan), orang awam yang pertama menemui mangsa culik Freddie Joseph, 20 bulan, menenangkan bayi berkenaan ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pemandu lori, Hamid Md Isa (kanan), orang awam yang pertama menemui mangsa culik Freddie Joseph, 20 bulan, menenangkan bayi berkenaan ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu.

PETALING JAYA: Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki Britain berusia setahun lapan bulan yang ditemui semula tengah hari Sabtu selepas diculik petang Jumaat, kini menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat perubatan, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan Freddie dimasukkan ke pusat perubatan itu untuk pemerhatian selama 24 jam dan kini bersama ibunya Sarah Joseph, 38, di wad pediatrik hospital berkenaan.

"Pihak hospital menjalankan prosedur pemeriksaan kesihatan biasa terhadap Freddie," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Freddie, yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar di sini semalam, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa kira-kira 12.20 tengah hari.

Dalam kejadian pukul 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilapor diculik ketika bersama ibunya minum petang di halaman rumah mereka di Jalan Terasik 7, Bangsar.

Kira-kira 18 jam selepas Freddie dilapor hilang, dia ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa dan ketika ditemui, kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih berada dalam keletihan dan kelaparan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan