CEO TV Alhijrah Bukhari Che Muda Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bukhari Che Muda
Bukhari Che Muda

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Alhijrah, Datuk Bukhari Che Muda meninggal dunia akibat penyakit barah pada 6.08 pagi di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Petaling Jaya.

Allahyarham berusia 56 tahun.

Jenazah beliau dibawa ke kediamannya di No 6, Jalan Hablur Satu, Seksyen 7, Shah Alam.

Pegawai Perhubungan Awam TV Alhijrah Irwan Abdul Rahman berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negeri di Shah Alam untuk solat jenazah pada 12 tengah hari sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Beliau berkata Allahyarham dihantar ke SJMC tengah malam tadi berikutan keadaannya yang tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital itu, awal pagi tadi.

Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan meninggalkan isteri Datin Suriati Daud, 52, dan empat anak berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Allahyarham telah menceburi bidang penyiaran lebih 25 tahun dengan memegang pelbagai jawatan strategik di peringkat pengurusan di TV3 dan TV9.

Beliau menamatkan pengajian ijazah dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan memperoleh Executive MBA dari Beme University of Applied Sciences, Switzerland dan Cambridge International Diploma in Management.

Memulakan kerjayanya sebagai wartawan di Berita Harian pada 1982, Allahyarham kemudian menyertai stesen TV3 pada 1984 dengan tanggungjawab menubuhkan operasi Bilik Berita.

Apabila Media Prima Berhad melancarkan TV9 pada 1996, Allahyarham ditugaskan mengetuai stesen baharu itu untuk memperkenalkan kepada masyarakat penjenamaan dan kandungan TV yang disasarkan kepada penonton Melayu pelbagai lapisan umur.

Allahyarham juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 sebelum memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan