Menjejaki Gelanggang Futsal Terburuk Di Negara Ini

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gelanggang futsal di Chenderiang dikeliligi dengan hutan sekunder.
Gelanggang futsal di Chenderiang dikeliligi dengan hutan sekunder.

PETALING JAYA: Ia merupakan trek jalan batu kelikir yang terletak kira-kira 15 meter daripada jalan utama menghala ke sebuah ladang kelapa sawit yang turut dikelilingi pokok-pokok di kedua-dua belah arah.

Tiba-tiba, terdapat satu kawasan tanah lapang, apa yang mengejutkan terdapat gelanggang futsal di situ.

Sepatutnya gelangggang futsal itu dijaga dengan rapi sebaliknya kawasan tanah lapang berhampiran dengan gelanggang tersebut dipenuhi dengan lalang yang tumbuh melata di kawasan berkenaan.

Melihatkan keadaan itu tiada siapa yang berani menggunakan gelanggang berkenaan.

Rumah yang paling hampir terletak kira-kira 500 meter daripada gelanggang berkenaan.

Tidak ada papan tanda menunjukkan kewujudan gelanggang futsal berkenaan dan pengguna jalan raya juga agak sukar untuk melihat gelanggang di Kampung Baru Chenderiang di Tapah, Perak ini.

Pasukan StarProbe, turut mengambil masa untuk menjejaki gelanggang berkenaan sebelum menemuuinya kerana ia terletak di kawasan yang agak terpencil, jauh daripada kampung mahupun kawasan tempat tinggal penduduk.

Kedudukan gelanggang itu agak tersorok daripada pandangan mata kasar, apabila banyak pokok-pokok merimbun di sekeliling gelanggang berkenaan.

Lantai gelanggang itu turut berada dalam kondisi terbiar dengan lalang setinggi tiga meter tumbuh melata di kawasan berkenaan.

Pagar disekeliling gelanggang tersebut telah roboh, dengan tiang gol serta jaring tempat gol bola keranjang juga telah hilang.

Gelanggang ini merupakan salah satu daripada 2,200 gelanggan futsal 1Nalaysia yang telah dibina di negara ini bagi kegunaan masyarakat untuk beriadah.

Di bawah skim berkenaan, komuniti yang terlibat perlu menjaga atau pun menyewakan gelanggang tersebut bagi membantu mereka membiayai kos penyelenggaran.

Masalah mula timbul apabila tiada masyarakat yang tinggal berhampiran dengan gelanggang berkenaan sebaliknya terdapat hidupan liar.

Menurut seorang penduduk kampung, Mohamad Ali, 40, pembinaan gelanggang berkenaan merupakan satu pembaziran wang rakyat.

"Tiada siapa mahu bermain di gelanggang berkenaan kerana ia terletak di dalam hutan," katanya.

Terdapat beberapa keadaan yang sama berlaku di beberapa tempat lain di negara ini.

Di Batu 9 Jalan Kapar Klang pula, gelanggang futsal tersebut tersorok di kawasan ladang kelapa sawit dengan tiada jalan yang sempurna menghala ke gelanggang berkenaan.

Gelanggang tersebut dipenuhi dengan banyak selipar terpakai.

Di Batang Kali, Hulu Selangor pula, kanak-kanak terpaksa bermain di belakang tiang gol kerana pagar disekeliling gelanggang berkenaan telah roboh dan ia terletak di kawasan hutan.

"Ada antara kami perlu menjadi pengutip bola jika tidak bola itu akan melantun keluar ke kawasan hutan," kata seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 15.

Sebuah gelanggang di Bukit Kepayang, Rasah, Negeri Sembilan pula lebih menyedihkan apabila pagar dan tembok di sekelilinginya runtuh.

Gelanggang itu juga tidak mempunyai pintu pagar dengan tiang gol diikat pada pagar besi bagi mengelakkannya daripada tumbang.

Satu lagi gelanggang di Kampung Batu Tiga, Temoh, Perak juga mempunyai keadaan yang hampir serupa.

Tiang gol bola keranjang dan jaringya telah hilang sementara tiang gol bola sepak pula telah berkarat.

Di sebuah lagi gelanggang di Bandar Baru Slim River, Perak, beberapa kanak-kanak dilihat sdang bermain bola sepak di gelanggang futsal yang sangat teruk keadaannya.

Papan tanda gelanggang bekenaan turut dipenuhi dengan tumbuhan menjalar.

Keadaan gelanggang futsal di Padang Sekolah Lama Telok Malek, Jitra, Kedah tidak terlalu teruk namun papan tandanya telah tumbang.

Walaupun gelanggang bola keranjang dan palang gol telah rosak ia tetap menjadi tempat permainan kanak-kanak.

Di Johor, pasukan StarProbe mendapati kebanyakan gelanggang futsal tidak diselenggara dengan baik.

Ada gelanggang yang dipenuhi dengan sampah sarap serta bahan terbuang seperti botol dan batu bata.

Di Kampung Dato Sulaiman Menteri, gelanggang futsalnya dipenuhi dengan lalang; di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, papan tanda telah tumbang dan keadaan tandasnya juga sangat teruk sementara di Bandar Seri Alam, pagar gelanggang futsal juga telah roboh.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan