Malaysia Mampu Capai Sasaran Ketibaan Pelancong Lebih 26.8 Juta Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

Malaysia Mampu Capai Sasaran Ketibaan Pelancong Lebih 26.8 Juta Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yakin Malaysia mampu mencapai sasaran ketibaan pelancong melebihi 26.8 juta orang pada tahun ini.

Beliau berkata ini berikutan kewujudan produk pelancongan berprofil tinggi dan bertaraf antarabangsa di negara ini.

Produk yang berorientasikan keluarga serta menepati selera semua peringkat usia itu terletak di kawasan Iskandar Malaysia seperti Johor Premium Outlet, Taman Tema Legoland, Taman Tema Puteri Harbour, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran Lat's Place.

"Statistik kedatangan pelancongan ke negeri ini amat memberangsangkan dan mengalami lonjakan luar biasa dengan adanya produk pelancongan baharu di Iskandar Malaysia," katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2013 di Dataran Bandaraya malam Sabtu, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Nazri berkata Singapura merupakan negara utama bagi pasaran pelancongan Malaysia, terutama di Johor, iaitu sebanyak 94 peratus manakala yang lain ialah China, Indonesia, Timur Tengah, Jepun, Australia, United Kingdom, Brunei, Filipina dan India.

Beliau berkata baru-baru ini, Malaysia juga disenarai sebagai satu daripada 10 destinasi utama untuk dilawati pada 2014 oleh Lonely Planet. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan