Kerajaan Diminta Selesaikan Baki 249 Skim Perkhidmatan Awam Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyelesaikan baki 249 skim perkhidmatan awam selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sejumlah 81 skim yang diumum baru-baru ini mengambil masa tujuh bulan, oleh itu, bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh sama bagi membolehkan semua penjawat awam menikmati skim baharu berkenaan.

"Kalau boleh kerajaan perlu beri maklumat awal bagi membolehkan Cuepacs memberi penjelasan kepada penjawat awam mengenai kedudukan skim mereka dan kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.

"Saya yakin 249 baki skim yang tertangguh itu tidak kritikal untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selesaikan," katanya kepada pemberita pada sesi dialog bersama anggota Cuepacs di Bangunan Sultan Abdul Halim, Sabtu.

Omar berkata ini kerana ada penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan penambahbaikan skim itu, yang melibatkan lebih 600,000 petugas, di bawah Bajet 2014.

Beliau berkata Cuepacs sudah menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan JPA bagi menambah baik skim perkhidmatan bagi lebih 700,000 daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta penjawat awam, termasuk unit beruniform.

"Saya harap penjawat awam yang terlibat dalam penambahbaikan skim dapat melakukan tugas dengan baik sekali gus dapat melonjakkan produktiviti kerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan