Dakwaan Dua Adun Perak Jumpa Anwar Untuk Lompat Parti Tak Perlu Dilayan - Zambry

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dakwaan di laman twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.

"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada 7 November lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin."

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan