Balu Pengasas Al-Arqam Lafaz Taubat Bersama 300 Pengikutnya

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Hatijah Aam menandatangani dokumen pada Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam di Shah Alam pada Jumaat. Turut menandatangan dokumen tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Hussin (dua, kanan) dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Abdul Majid Omar (kanan). -Foto BERNAMA
Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Hatijah Aam menandatangani dokumen pada Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam di Shah Alam pada Jumaat. Turut menandatangan dokumen tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Hussin (dua, kanan) dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Abdul Majid Omar (kanan). -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam pada Jumaat mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini.

Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Abdul Shukur Hussein, Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.

"Wallahi, wabillahi, watallahi...bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami...taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi," antara lafaz taubat Hatijah.

Dalam lafaz taubat berkenaan, Hatijah atau lebih dikenali Ummu Jah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan tidak akan memberi peluang untuk fahaman itu dihidupkan semula.

Hatijah berkata lafaz taubat itu bermakna beliau dan pengikutnya telah insaf dengan semua perbuatan yang menyalahi hukum agama Islam dan juga yang melanggar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Bercakap kepada Bernama kemudian, Marzuki berkata lafaz taubat yang dibaca balu pengasas Al-Arqam itu telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor serta diedarkan kepada 300 pengikut yang lain dan pejabat tersebut bersetuju untuk Hatijah mengetuai lafaz taubat tersebut.

Abdul Majid pula berkata bertaubat dengan hati yang betul-betul ikhlas serta melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang sebetul-betulnya sudah mencukupi dan setiap kesalahan yang pernah dilakukan tidak perlu dilafazkan secara terperinci.

Hatijah juga berkata taubat yang dilafazkan itu akan membantunya memantau sendiri pergerakan kumpulan itu bagi memastikan tiada lagi ajaran-ajaran sesat sebelum ini diamalkan semula pengikutnya malah menawarkan mana-mana pihak untuk datang ke tempat ibadat mereka untuk memastikan bahawa mereka benar-benar bertaubat.

Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Pada Khamis, Hatijah bersama-sama 17 pengikutnya telah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu.

Hakim Syarie Kamarulzaman Ali melepaskan kesemua mereka dengan bon berkelakuan baik selama setahun.

Sementara itu, ketika menjawab soalan media berhubung isu Global Ikhwan Holding Sdn Bhd (GISB) yang dipercayai pernah menyeleweng dana anak yatim, Hatijah, yang juga pengerusi eksekutifnya, berkata beliau berjanji akan memulangkan semula dana berkenaan.

"Segala urusan dan proses pemulangan dana sedang dilakukan pihak GISB dan disebabkan itu kita menjenamakan semula yayasan kami agar perkara itu tidak lagi berulang...mana yang boleh dipulangkan, kami pulangkan," katanya.

Pada 19 Ogos lalu, bekas pekerja GISB membuat laporan polis berhubung salah laku dan penyelewengan Hatijah dalam pengagihan dana rumah amal anak yatim kelolaan syarikat berkenaan.

Hatijah kemudiannya ditahan reman selama empat hari ketika itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan berkaitan kes penyelewengan dana rumah amal anak yatim dan dibebaskan dengan jaminan polis bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan