Adun Pembangkang Keluar Parti Kerana Tidak Mampu Bela Rakyat - Musa

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PENYU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata tindakan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti masing-masing kebelakangan adalah bukti kesedaran pemimpin berkenaan bahawa mereka tidak berupaya membantu rakyat jika kekal sebagai pembangkang.

"Saya ingin mengulangi (kenyataan saya sebelum ini) bahawa lebih ramai akan keluar atas kesedaran sendiri bahawa jika mereka di pihak pembangkang tidak ada yang boleh dibuat untuk rakyat. "Sebagai kerajaan BN, kalau mereka boleh bekerjasama dengan BN, kita akan bantu. Itu cara kita. Yang penting rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Nelayan Menumbok Ke-13 di sini, Sabtu.

Musa berkata demikian sebagai mengulas tindakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jelani Hamdan yang meletakkan jawatan yang disandangnya sejak, September lalu.

Jelani yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong dilaporkan berkata keputusan meletak jawatan itu dibuat semalam, kerana tidak berpuas hati dengan cara perlantikan barisan pimpinan PKR Sabah.

Menurut Musa, pemimpin BN menepati janji yang dibuat kepada rakyat dan akan sentiasa menemui rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira sama ada pilihan raya diadakan atau pun tidak. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan