Adun Matunggong Letak Jawatan Naib Pengerusi PKR Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 9 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jelani Hamdan
Jelani Hamdan

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Matunggong, Datuk Jelani Hamdan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, berkuat kuasa serta merta bermula Jumaat.

Jelani berkata beliau secara moral mengambil keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan cara pelantikan barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau memberi alasan tidak boleh bekerjasama dengan kepimpinan MPN terutama Lajim dan kegagalan parti itu berhubung hak-hak Sabah dan autonomi seperti dijanjikan sebelum ini.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau mempersoalkan pemilihan Lajim sebagai pengerusi MPN Sabah yang disifatkan tidak dibuat secara konsensus serta kaum Kadazandusun Murut (KDM) dalam PKR negeri tidak diberi kedudukan sewajarnya.

Beliau menegaskan keputusan meletak jawatan itu adalah atas kehendak sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN).

"Saya belum menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau sebaliknya selepas ini," katanya.

Mengenai keahliannya dalam PKR, Jelani berkata beliau sendiri tidak pasti sama ada beliau ahli parti itu atau sebaliknya kerana sejak mengemukakan permohonan menjadi ahli pada 2010, beliau tidak pernah menerima surat pengesahan bahawa beliau diterima sebagai ahli.

"Sehingga saya jadi calon, malah sehingga ke hari ini saya tidak tahu sama ada saya ahli PKR atau tidak. Saya anggap saya bukan ahli PKR sebab saya tidak pernah menerima surat pengesahan penerimaan dari ibu pejabat PKR," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Jelani yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi DUN Matunggong dengan majoriti 320 undi.

Beliau memperoleh undi sebanyak 6,947 berbanding pencabar terdekatnya Sarapin Magana daripada BN yang mendapat 6,627. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan