Tuan Ibrahim Tidak Tanding Jawatan Timbalan Presiden PAS

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BARU: Keputusan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden dibuat demi menjamin perpaduan parti, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw.

Beliau berkata sebarang keputusan untuk bertanding di saat-saat akhir boleh menimbulkan perpecahan yang serius dikalangan ahli parti itu.

Beliau berkata pada ketika ini, 'suhu politik' dikalangan ahli masih terkawal namun keputusan penting yang dibuat oleh Tuan Ibrahim juga mungkin boleh menimbulkan pertandingan yang lebih sengit dikalangan pencabar lain.

"Sekiranya berlaku kejutan dikalangan calon yang bertanding, saya yakin perpaduan parti masih utuh, walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan akan berlaku pertembungan antara golongan ulama dan profesional.

"Sebarang tindakan yang mengejutkan oleh mereka yang bertanding akan menyebabkan kekesalan kerana ia dilihat sebagai tindakan yang akan memecah-belahkan parti," katanya ketika dihubungi malam Khamis.

Hu berkata demikian ketika diminta mengulas, keputusan Tuan Ibrahim, yang menyatakan niatnya untuk tidak bersaing merebut jawatan nombor dua parti melalui posting terbaru di laman Facebook beliau.

Tuan Ibrahim yang kini berada di Qatar, turut memuat naik kenyataan penuh beliau di laman berkenaan.

Tuan Ibrahim berkata beliau hanya berminat untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Dipertua PAS kawasan kerana mencalonkan namanya untuk jawatan Timbalan Presiden serta yakin beliau dapat melaksanakan tanggungjawab berkenaan sekiranya beliau menang.

Setakat pukul 5 petang Khamis, Datuk Husam Musa, yang baru sahaja pulang dari Kurdistan dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah memaklumkan dalam satu khidmat pesanan ringkas bahawa mereka akan mengulas mengenai jawatan yang akan mereka tandingi pada Jumaat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan