Taufan 'Haiyan', Katua Pemuda Gerakan Selamat Di Manila - Berita Semasa | mStar

Taufan 'Haiyan', Katua Pemuda Gerakan Selamat Di Manila

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Keng Liang
Tan Keng Liang

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dilaporkan berada dalam keadaan selamat di Manila selepas satu taufan dahsyat membadai Filipina, Jumaat.

Tan berada di Filipina untuk menghadiri satu persidangan dan majlis ulang tahun ke-20 Majlis Liberal & Demokrat Asia, yang dianggotai Gerakan, di Manila. "Saya berada dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Manila... keadaan di Manila okay. Tak banyak kesesakan lalu lintas di sini kerana semua orang tinggal di rumah.

"Kegiatan sekolah dan universiti dibatalkan sebagai langkah keselamatan," kata Tan kepada Bernama apabila dihubungi melalui Facebook Jumaat.

Taufan dahsyat dikenali sebagai 'Haiyan' itu melanda daerah Guiuan di timur Samar, Filipina pada pagi Jumaat. Taufan ini, yang kenali penduduk tempatan sebagai 'Yolanda', membadai untuk kali kedua di wilayah Leyte, di pantai timur Filipina, pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Dalam mesej melalui laman Facebooknya, Tan menulis: "Saya sedang berucap di Universitye of Santo Tomas Manila apabila taufan itu melanda Filipina. Saya selamat dalam kejadian itu.

"Bagaimanapun, berlaku beberapa 'gelora' semasa dalam penerbangan ketika hendak sampai di lapangan terbang Manila. Barangkali kerana taufan itu".

Katanya beliau tiba pada pukul 9.15 malam tadi dan akan pulang ke Malaysia pada Isnin ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan