Sultan Johor Tarik Balik Gelaran 'Datuk' Bekas Pengarah UPEN Johor

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamsan Saringat
Hamsan Saringat

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menarik balik gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Hamsan Saringat.

Sultan juga menitahkan agar Hamsan, yang juga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor memulangkan semula darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, baginda turut bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S 11) yang dikurniakan kepada Hamsan juga ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

"Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak boleh menggunakan gelaran Datuk dalam apa jua urusan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Sultan Johor membuat keputusan itu mengikut kuasa-kuasa di bawah Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.

Hamsan dikurnia Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) yang membawa gelaran Datuk pada 2005 oleh Sultan Iskandar Ismail.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan