Si Gemuk Leonard Pernah Dipenjara Sebelum Ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonard Glenn Francis
Leonard Glenn Francis

PETALING JAYA: Leonard Glenn Francis yang didakwa atas tuduhan merasuah pegawai tentera laut Amerika Syarikat dengan khidmat pelacuran, pelancongan mewah serta kontrak bernilai jutaan dolar mempunyai rekod melanggar undang-undang.

Beliau pernah dipenjara selama 36 bulan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua tuduhan memiliki senjata api pada 1989.

Dia berusia 24 tahun ketika itu.

Kali pertama dia didakwa di Mahkamah Sesyen kerana memiliki dua pucuk revolver .38 Special Smith & Wesson ketika usianya baru mencecah 21 tahun pada 1986.

Bagaiamanapun, selepas beberapa kali mengemukakan rayuan ibunya mendakwa dia telah mengabaikan Leonard dan mempunyai seorang ayah yang sakit - Mahkamah Sesyen kemudiannya membebaskannya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi tidak terlalu bermurah hati apabila pihak pendakwaan merayu ke atas hukuman yang diberikan ke atas tertuduh.

Hakim Edgar Joseph Jr menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara dengan enam sebatan atas setiap kesalahan yang didakwa ke atas Leonard.

Hakim memerintahkan mahkamah harus melaksanakan hukuman penjara dan enam sebatan yang dikenakan secara serentak.

Francis yang kini berusia 49 tahun lebih dikenali sebagai 'Si Gemuk Leonard' didakwa di San Diego pada Khamis bersama dua lagi pegawai tentera laut Amerika Syarikat kerana terlibat dengan skandal pelacuran, persembahan Lady Gaga serta kontrak kerajaan bernilai jutaan dolar.

Semuanya dikatakan bermula apabila Francis memberikan tiket menonton persembahan Broadway of the Lion King kepada Komander Michael Vannak Khem Misiewics di Tokyo.

Turut didakwa bersamanya ialah, Misiewicz, 46, Komander Jose Luis Sanchez, 41, dan Agen Khas Bahagian Siasatan Jenayah Tentera Laut, John Bertrand Beliveau II, 44.

Francis merupakan seorang legenda dalam bidang ketenteraan di Asia selepas dia bersara daripada Rear Admiral, kata Terry McKnight, yang mengenali beliau secara peribadi, lapor AP.

"Dia seorang figura terkenal," kata McKnight.

"Apabila anda bercakap dengan mana-mana kapten kapal di Lautan Pasifik, mereka sudah pasti akan mengenali siapa dia," katanya.

Francis dikenali kerana sikapnya yang suka membazir.

Dia memiliki kawasan kejiranan mewah di Singapura yang dilengkapi dengan hiasan mewah pada 2007.

The Straits Times menyifatkan banglo mewah tersebut sebagai pusat beli belah utama yang turut dilengkapi dengan replika patung salji, pokok-pokok krismas serta hiasan Jepun.

"Sangat mengujakan apabila ada seorang individu yang boleh mengarahkan ke mana arah kapal itu akan pergi serta anda boleh mempengaruhi seorang kontraktor," kata McKnight.

"Kebanyakan orang kata: Bagaimana ini berlaku?"

Kerajaan Amerika Syarikat telah menggantung kontrak Francis dan syarikatnya Glenn Defense Marina Asia.

Francis dan rakan subahatnya kini berhadapan dengan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah terlibat dengan konspirasi memberikan rasuah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan