Pemilihan MIC: Vell Paari Tidak Akan Bertanding Sehingga Kedudukannya Kukuh

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vell Paari
Vell Paari

PETALING JAYA: Anak kepada bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, S Vell Paari memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti pada 30 November ini.

Katanya, beliau lebih suka " berjuang sendiri" dan bukannya bergantung kepada sumbangan bapanya yang lalu untuk menang.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding jawatan naib presiden atau kerusi dalam jawatankuasa kerja pusat," katanya, yang merupakan bekas anggota jawatankuasa kerja pusat.

"Jika saya bertanding, saya akan mendapat sokongan daripada pengerusi bahagian dan perwakilan kerana bapa saya.

"Sokongan mereka menunjukkan berapa banyak yang telah bapa saya sumbangkan kepada parti dan masyarakat.

"Saya rasa saya perlu diadili berdasarkan kedudukan saya sendiri. Saya mahu menang berdasarkan rekod saya sendiri," katanya.

Vell Paari berkata, beliau sudah memaklumkan presiden parti Datuk Seri G. Palanivel mengenai keputusannya.

Penyandang, Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Seri SK Devamany adalah antara lapan orang yang bersaing untuk tiga jawatan naib presiden.

Mereka yang lain dijangka bertanding termasuk Ketua Pemuda MIC Datuk T. Mohan, bendahari parti Datuk Jaspal Singh, bekas naib presiden MIC, Datuk S Sothinathan, bekas Ketua Pemuda MIC Datuk SA Vigneswaran, Datuk S Balakrishnan dan bekas pengerusi bahagian Klang Raghu Moorthy.

Pilihan raya bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan 23 jawatan bagi jawatankuasa kerja pusat (CWC) dijadualkan berlangsung pada 30 November, dengan pencalonan ditetapkan pada 16 November.

Palanivel menang tanpa bertanding pada 1 September lalu manakala timbalannya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dijangka menang tanpa bertanding.

Vell Paari, yang menjadi pengerusi bahagian Kepong bulan lepas, berkata beliau mahu membuktikan kemampuannya dengan menubuhkan sebuah pejabat untuk agenda sosial, ekonomi dan politik ahli-ahli MIC.

"Saya mahu menubuhkan sebuah pejabat di ibu pejabat MIC untuk ahli-ahli membawa masalah mereka kepada kami. Adalah tidak elok untuk ahli-ahli menunggu di hadapan rumah-rumah pemimpin MIC.

"Mereka adalah orang-orang yang memilih pemimpin dan kita perlu memberikan mereka penghormatan.

"Saya mahu membuktikan khidmat yang berdedikasi dan komitmen saya kepada ahli-ahli dan ia akan memberikan kedudukan yang baik apabila saya bertanding untuk jawatan parti pada masa depan," katanya.

Bagi jawatan ketua Pemuda MIC, ahli perniagaan V.Mugilan, 38, yang juga timbalan ketua, akan mencabar setiausaha sayap itu, C.Sivarraajh, yang mengumumkan pencalonan beliau pada Selasa lepas.

"Saya telah membuat keputusan untuk bertanding untuk membantu kepimpinan mengukuhkan dan menyatukan parti. Saya akan terus dengan kerja saya (yang) saya telah laksanakan sejak saya menjadi timbalan ketua Pemuda pada tahun 2009," kata Mugilan.

Sementara itu Penyelaras Puteri MIC J.Usha Nandhini yang disebut-sebut untuk bertanding jawatan timbalan ketua Wanita MIC, telah mengesahkan tidak bertanding.

"Saya mahu memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin kanan yang lain, saya rasa saya masih muda dan tidak perlu untuk tergesa-gesa dalam politik," katanya.

Usha Nandhini, yang kembali memegang jawatan Ketua Wanita Bahagian Titiwangsa berkata pemimpin wanita perlu diberi kebebasan untuk memilih pemimpin mereka sendiri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan