Kes Dera: KPWKM Tutup Taska Permata Harapan

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pusat jagaan kanak-kanak (taska) yang disiasat berhubung kes penderaan kanak-kanak ditutup dan disita kira-kira pukul 4 petang Khamis oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Kami sedang mencari pemilik taska tersebut dan kami telah menyita premis itu apabila menemui pemiliknya," katanya.

Rohani yang menziarahi kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Serdang di sini ditanya mengenai siasatan ke atas Taska Permata Harapan di Taman Permai, Kuala Lumpur yang disiasat berhubung dakwaan penderaan kanak-kanak.

Pemilik taska tersebut, seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan telah menyerah diri kepada polis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Rohani berkata, pada 2013, kira-kira 2,910 taska didaftarkan dibawah kementerian tersebut manakala 864 daripada jumlah itu berdaftar dengan kementerian ini buat pertama kalinya.

Beliau menasihatkan semua pengusaha taska untuk berdaftar bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

"Kami boleh membimbing mereka sepanjang proses pendaftaran itu. Kami tahu apa yang diperlukan kerana ia dibawah bidang kuasa kami.

“Kesemua taska perlu didaftarkan supaya kita boleh memantau mereka memandangkan pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas taska berdaftar kami, sekurang-kurangnya tiga kali setahun," kata Rohani.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan