Jakim Minta Balu Pengasas Al-Arqam & Pengikut Bertaubat

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hatijah Aam
Hatijah Aam

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa agama sama ada di peringkat persekutuan dan negeri termasuk agensi berkuasa yang lain akan terus memantau pergerakan balu pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam dan pengikutnya.

Ketua Pengarah, Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya meminta Hatijah Aam dan semua pengikutnya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana mereka pernah menyatakan taubat mereka sebelum ini, namun ia hanyalah retorik dan lakonan semata-mata.

"Oleh itu, mereka mestilah memperkemaskan ilmu pengetahuan mereka khususnya berhubung aqidah dengan merujuk kepada pihak yang berautoriti.

"Kita berharap dalam majlis istitabah yang diadakan hari ini (Jumaat), mereka akan benar-benar bertaubat," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya hari ini menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam.

Othman berkata apa yang penting, bukan sahaja mereka mesti bertaubat tetapi semua sistem yang mereka amalkan dalam kelompok Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mesti berubah kepada sistem arus perdana yang diamalkan di Malaysia.

"Ini termasuklah memastikan anak-anak mereka mengikuti sistem pendidikan yang ada di Malaysia.

"Mereka tidak boleh terus menyisihkan diri mereka daripada mengambil bahagian dan bercampur dengan masyarakat Islam di mana mereka berada dan ini semua perlu dilakukan supaya boleh meyakinkan yang mereka benar-benar insaf dan bertaubat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan