Jabatan Peguam Negara Benar Pinda Hukuman Maksimum Syariah - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (JPN) telah memberi kebenaran bagi hukuman maksimum '356' undang-undang syariah sedia ada dipinda untuk hukuman lebih berat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata langkah itu akan membolehkan kuasa Mahkamah Syariah dipertingkat secara lebih holistik.

"Dengan ini, ruang lingkup hukuman sedia ada di Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan tidak lagi terikat kepada '356' iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

"Jika perkara ini dapat direalisasi, ia bakal membawa rahmat kepada umat Islam dan Mahkamah Syariah menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negara 2013 di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha memberitahu Bernama, perkara itu akan dibincangkan lebih terperinci dengan pihak berkenaan.

"JPN memberi kebenaran berhubung perkara ini bulan lepas (Oktober)," katanya.

Berikutan itu, katanya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah Sivil Malaysia yang dipengerusikan Penasihat Undang-undang JPN Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman akan diadakan untuk menyelaras hukuman syariah di seluruh negara.

Beliau berkata hukuman lebih berat bagi kesalahan syariah dapat menyedarkan umat Islam supaya mengelak daripada melakukan kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan