Cuepacs Gesa Kerajaan Segerakan Kajian Semula Elaun, Insentif Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)menggesa kerajaan mempercepatkan kajian semula semua jenis elaun serta insentif baharu penjawat awam di seluruh negara memandangkan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu telah menyerahkan maklumat berkaitan kepada Perbendaharaan awal tahun ini bagaimanapun sehingga hari ini Cuepacs tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung permintaan itu.

"Perbendaharaan perlu mempercepatkan kajian mengenai perkara ini sebab semasa pembentangan Bajet 2014, pengumuman mengenai permintaan kita supaya elaun perumahan ditambah, bantuan sara hidup diselaraskan serta kajian pinjaman perumahan tidak dinyatakan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak di sini, Jumaat.

Beliau berkata pinjaman perumahan kepada penjawat awam pada masa sekarang yang dibuat mengikut kadar gaji dilihat tidak berpatutan dengan harga rumah yang semakin meningkat dan memaksa mereka membuat pinjaman dengan pihak swasta bagi menampung perbezaannya.

"Penjawat awam yang bergaji RM1,200 tidak dapat buat pinjaman RM150,000 kerana ikut gaji dia layak RM80,000 jadi macam mana nak beli rumah bernilai RM150,000, terpaksa buat pinjaman bank yang faedahnya lain, sudah dua kali hutang, kos sara hidup tinggi," katanya.

Selain itu Omar berkata Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan siri jelajah bersama ke seluruh negara mulai Jumaat depan untuk memberi penjelasan kepada penjawat awam selepas kerajaan bersetuju 81 skim perkhidmatan awam ditambah baik di bawah Bajet 2014.

"60 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam belum terlibat, jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dalam tahun ini juga mengikut cadangan kita supaya mereka dapat menikmati skim di bawah Sistem Saraan Transformatif," katanya.

Beliau berkata kertas kerja khas dan kertas kerja ringkas telah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk melihat kesemua skim, sesuai dengan bebanan serta risiko tugas terutama skim yang melibatkan penguatkuasaan.

"Penjelasan ini supaya mereka faham kerana ada penjawat awam yang mendakwa Cuepacs tidak melakukan apa-apa, tidak prihatin dengan skim mereka, kenapa 81 skim sahaja. Bukan Cuepacs tidak buat apa-apa, kita ada bincang dan JPA sedang membuat skim secara menyeluruh, beri sedikit masa kepada JPA," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatankuasa baharu yang dijadual berlangsung sempena Konvensyen Tahunan Cuepacs pada 17 hingga 19 Disember ini di Menara PGRM di Cheras, Kuala Lumpur.

"Sudah tujuh tahun saya sebagai presiden sejak 2006, bagi saya cukuplah, biarlah pemimpin yang baharu dan muda dengan idea-idea baharu untuk membawa Cuepacs ke arah yang lebih maju. Setiap pemimpin itu ada gaya tersendiri," katanya.

Beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan terbaik untuk memilih barisan kepimpinan kongres itu yang mampu mengetengahkan isu perkhidmatan awam kepada Perdana Menteri dan KPPA. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan