Cadangan Karpal Singh Batalkan Parti Politik Berasaskan Kaum Langgar Perlembagaan Persekutuan

Diterbitkan: Jumaat, 8 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran kerana ia didakwa mengancam masyarakat adalah tidak perlu kerana ia bertentangan dengan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, Karpal yang juga seorang peguam telah mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak dan kebebasan berpersatuan dan bersuara.

"Karpal keliru. Dari satu sudut pandangan, beliau menyokong hak asasi manusia, ada kalanya beliau mengecam sesetengah hak asasi," katanya kepada The Star Online bagi mengulas

Abdul Halim yang juga seorang profesor undang-undang dari Universiti Malaysia Kelantan berkata, parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama masih relevan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik mahu diwakili dan suara mereka didengari.

Beliau berkata, kumpulan etnik seperti Melayu, India, China, Kadazan, Bidayuh, Iban, Sikh atau mereka yang berketurunan Portugis dan Siam merupakan rakyat Malaysia dan mahu diterima orang lain.

"Mereka memerlukan ruang untuk menyuarakan diri sendiri, oleh itu mereka menubuhkan persatuan seperti badan agama dan kaum. Mereka semua berdaftar dan dipantau oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.

Pada Selasa, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menyelar kenyataan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan termasuk sekutunya, PAS, juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

Abdul Halim berkata Karpal berada dalam keadaan tidak menentu kerana cadangannya berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan