Subsidi Hemodialisis Tidak Diluluskan, Ribuan Pesakit Buah Pinggang Berdepan Risiko Kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dianggarkan seramai 5,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun memerlukan rawatan hemodialisis.
Dianggarkan seramai 5,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun memerlukan rawatan hemodialisis.

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.

Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.

Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.

Pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (BGO) berkata mereka diberitahu oleh Kementerian Kesihatan supaya mencari dana di tempat lain kerana mahu memberi tumpuan kepada pesakit baharu.

Mereka juga berkata sesetengah pesakit telah menunggu kelulusan subsidi selama tiga tahun, bukannya tempoh seperti biasa, satu hingga tiga bulan.

Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.

Melalui pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan NGO ini, mereka boleh memohon untuk subsidi dialisis sebanyak RM600 (RM50 bagi setiap dialisis) setiap bulan dan suntikan percuma.

Satu pemeriksaan secara rawak mendedahkan bahawa Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan masih mempunyai 200 pesakit yang masih menunggu untuk subsidi, 50 pesakit di St John's Pt Selangor di Klang, 40 pesakit di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan agama yang enggan namanya disiarkan, 22 di Pusat Hemodialisis Rotary Pontian dan lima pesakit di Pusat Lions Renal KL.

Bilangan sebenar golongan miskin yang terjejas tidak diketahui tetapi ia boleh berada dalam lingkungan angka 'ribu' dengan anggaran 5,000 pesakit buah pinggang baharu didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang peringkat akhir setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lepas.

Pesakit yang terjejas dilihat datangnya dari pusat-pusat hemodialisis NGO kerana pesakit-pesakit di pusat-pusat dialisis swasta dan kerajaan tidak perlu berurusan dengan permohonan subsidi.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, rawatan untuk pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di sebuah NGO atau kos klinik swasta ialah antara RM150 dan RM250 bagi setiap sesi.

Daftar Dialisis dan Pemindahan Malaysia berkata seramai 7,088 (26.9 peratus) pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir menerima rawatan hemodialisis di pusat-pusat NGO berbanding 26,404 pesakit yang menerima rawatan dialisis pada tahun lepas.

Baki 13,159 pesakit (49.8 peratus) mendapatkan rawatan di pusat dialisis swasta dan 6,157 pesakit (23.3 peratus) di pusat khidmat awam di bawah Kementerian Kesihatan, hospital universiti dan hospital Kementerian Pertahanan.

Seorang jururawat yang enggan namanya disiarkan berkata mereka yang beragama Islam kurang bermasalah untuk mendapatkan subsidi kerana mereka boleh memohon bantuan daripada Baitumal atau yayasan zakat.

Beberapa pusat-pusat hemodialisis NGO tidak gembira apabila kerajaan telah menolak pesakit tanpa memberikan subsidi yang diperlukan.

Pemberhentian subsidi juga semakin mengurangkan pusingan dana rolling sesebuah pusat rawatan memandangkan beberapa NGO membantu untuk membayar untuk rawatan dialisis pesakit mereka, kata seorang pengurus pusat dialisis.

"Jika mereka menyukarkan pesakit untuk mendapatkan subsidi, mereka hanya perlu menyuruh pesakit melakukannya di pusat-pusat dialisis kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa pusat-pusat seperti itu adalah terhad.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan