Segala-Galanya Besar Dan Mewah Tentang 'Si Gemuk Leonard'

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai 'Si Gemuk Leonard'
Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai 'Si Gemuk Leonard'

PETALING JAYA: Dalam segala apa perhitungan, dia adalah seorang lelaki yang besar, sama ada dari segi saiz dan semua aktiviti yang dilakukannya.

Kehidupan peribadi Leonard Glenn Francis yang telah menjadi kontroversi, kini semakin didedahkan oleh mereka yang mengenali individu yang dituduh menawarkan pelacur dan wang sebagai pertukaran untuk kontrak Pentagon bernilai jutaan dolar.

Seorang kenalan keluarganya berkata, adalah sukar untuk terlepas melihat orang yang menerima pendidikan di Perancis dan mahir berbahasa Inggeris ini dalam acara-acara sosial.

Lelaki itu mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter dan mempunyai berat 159kg.

"Dan dia gemarkan kereta besar, rumah besar dan kehidupan yang besar," kata kenalannya yang melawat banglo luas tiga tingkat Leonard di Jalan Gasing di sini kira-kira tujuh tahun yang lalu.

Rumah mewah itu mempunyai kolam renang dan tidak kurang daripada tiga pembantu rumah.

"Saya melihat beberapa buah kereta Hummers, Rolls Royce dan Mercedes, semua dengan nombor pendaftaran 1," katanya.

Leonard, yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat pertahanan yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defence Marine Asia Ltd (GDMA), telah didakwa di mahkamah San Diego berhubung kes rasuah mengejutkan yang melibatkan berjuta-juta dolar dari Pentagon.

Dikenali sebagai "Si Gemuk Leonard" di kalangan kalangan tentera, dia dituduh merasuah pegawai-pegawai tentera laut dengan tiket konsert, penginapan hotel mewah dan pelacur untuk mendapatkan kapal-kapal Tentera Laut Amerika Syarikat mendarat ke pelabuhan terpilih seperti Pelabuhan Klang dan Phuket di mana dia boleh mendapatkan kontrak lumayan.

Dia berusia 58 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang isteri seorang suri rumah berusia 31 tahun serta mempunyai lima anak berusia antara empat dan 21 tahun.

"Berdasarkan apa yang saya tahu, dia mempunyai harta di seluruh dunia seperti di Amerika Syarikat dan Jepun serta membawa gaya hidup yang lebih besar lagi mewah," kata sumber.

Walaupun mempunyai saudara di Pulau Pinang, Leonard telah tinggal di Singapura untuk tiga dekad yang lalu.

Beliau sebelum ini telah menjadi tajuk utama akhbar di Singapura untuk hiasan Krismas mewah di luar banglo 6,503 meter persegi di Jalan Nassim di republik itu.

Akhbar Singapura melaporkan bahawa hiasan pada tahun 2010 itu, menyaingi hiasan di Orchard Road dengan kos S$100,000 (RM256,000).

Kenalan lain berkata bapa Leonard telah menubuhkan syarikat tersebut tetapi anaknya telah membawanya ke tahap yang seterusnya.

Syarikat ini mula bertapak pada 1946 apabila Glenn Marine Enterprise telah ditubuhkan di Pulau Pinang.

Menurut laman web Glenn Marine Group of Companies (GMG), skop perniagaan yang dijalankan termasuk membekalkan logistik tentera laut dan pemeliharaan marin, minyak dan gas luar pesisir, terminal pelayaran penumpang dan operasi pelabuhan kontena.

Unit GDMA Malaysia, Glenn Marine Group (Asia) Sdn Bhd juga telah mengemukakan rancangan untuk membina dan mengendalikan terminal kargo ketiga di Pelabuhan Klang di bawah inisiatif pembiayaan swasta.

'Centralport' yang dicadangkan akan terletak di antara kedua-dua pelabuhan sedia ada - Northport dan Westport.

Idea ini pada asalnya dicadangkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang pada 2010 tetapi ketua pegawai Eksekutif sebelumnya, Brian Paul pada tahun lepas mencadangkan pembinaan pelabuhan bagi kerajaan.

Brian bagaimanapun telah meletak jawatan dan status pelabuhan itu telah dipindahkan semula kepada Lembaga Pelabuhan Klang.

Sementara itu, pemangku ketua pegawai operasi Glenn Marine Group (Asia), Lt Kdr (B) Zamrady Ariffin "tiada komen" ke atas apa-apa perkembangan pemegang saham utama atau syarikat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan