Mugilan Mahu Bertanding Jawatan Ketua Pemuda MIC

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

V.Mugilan
V.Mugilan

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan pada Khamis mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan sayap itu 16 November ini.

"Saya mengambil keputusan bertanding bagi membantu pucuk pimpinan parti memperkukuh dan menyatu padu parti. Saya akan meneruskan kerja yang saya pegang sejak menjadi timbalan ketua pemuda sejak 2009," katanya kepada Bernama, Khamis.

Ahli perniagaan berumur 38 tahun ini akan dicabar Setiausaha Agung Pemuda C.Sivaraajh yang mengumumkan hasratnya Selasa lalu. Penamaan bagi Pemuda dan Wanita akan diadakan esok.

"Ia menjadi tugas saya untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masalah dan keperluan masyarakat India, adalah sebab saya mahu bertanding.

"Saya berminat dengan perkhidmatan masyarakat dan berharap boleh menggunakan kemahiran ini dan pengalaman saya untuk bekerja bagi masa depan masyarkat India yang lebih baik," katanya.

Mengenai misi dan wawasannya, Mugilan berkata generasi muda memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan kuat untuk mengenal pasti dan membangun kebolehan pemuda India dan kualiti kepimpinan agar mereka boleh bertukar idea demi kebaikan MIC dan Barisan Nasional.

Mugilan aktif dalam parti bermula dari peringkat bawah dan mendapat sokongan akar umbi sayap Pemuda.

Sebagai seorang yang lantang bersuara, beliau bersama dua anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) dipecat pada 2010 selepas mengkritik pemimpin besar MIC ketika itu Datuk Seri S.Samy Vellu dan kemudian membentuk Gerakan Anti-Samy Vellu atau GAS.

GAS kemudiannya dibubarkan apabila Datuk Seri G.Palanivel menerajui MIC pada Januari dan pada 23 April, Palanivel menerima semula Mugilan.

Bagi jawatan timbalan ketua pemuda, Timbalan Ketua Pemuda Melaka dan peguam Sashi Kumar Kannan telah mengumumkan untuk bertanding yang akan ditentang oleh Ketua Biro Undang-undang R.Thinalan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan