Malaysia Menuju Ke Arah Sistem Pendidikan Untuk Memenuhi Keperluan Generasi Muda

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Malaysia sedang menuju ke arah satu sistem pendidikan yang mampu memenuhi keperluan generasi mudanya sebagai persiapan untuk mereka dalam menghadapi permintaan global pada abad ke-21, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata matlamat dan aspirasi Malaysia berhubung sistem pendidikan dapat dilihat melalui penggubalan rangka tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang dilancarkan September lepas.

Ketika membentangkan Kenyataan Nasional pada sidang ke-37 Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) di ibu pejabatnya di sini, beliau berkata rangka tindakan itu memberi fokus terhadap lima tonggak utama iaitu capaian, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

"Bagaimanapun, kualiti merupakan prinsip paling utama yang merentasi semua dimensi dalam mewujudkan satu sistem yang mampu menyesuaikan diri secara dinamik dengan landskap pembangunan yang sentiasa berubah di peringkat tempatan dan global.

"Sebagai pemboleh bagi mobiliti sosial yang lebih meluas, pertumbuhan yang berdaya saing dan penciptaan kekayaan, Malaysia percaya pendidikan berkualiti akan menjana pulangan terbaik bagi pelaburan dari segi standard modal insannya," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata Malaysia komited untuk menyediakan pendidikan yang mudah dicapai dan secara saksama kepada seluruh rakyatnya untuk mencapai Pendidikan Untuk Semua (EFA).

"Sebagai contoh, kami telah berusaha untuk menyediakan akses kepada pendidikan untuk pelajar yang sedang menjalani rawatan melalui program 'Sekolah di Hospital' yang diwujudkan pada 2011.

"Sebanyak lapan 'Sekolah di Hospital' sudah beroperasi untuk menyediakan peluang kepada pelajar mendapatkan pendidikan seperti yang dinikmati rakan sebaya mereka dari sekolah arus perdana.

"Di samping itu, kumpulan yang terpinggir di kawasan terpencil pula dibantu melalui sekolah model komprehensif untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak daripada masyarakat pribumi," katanya.

Muhyiddin berkata Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) merupakan antara keutamaan terpenting negara dan beliau berharap melalui Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ISTIC), kerjasama untuk memupuk Kerjasama Selatan-Selatan dan menyokong program sains Unesco akan dapat terus dipertingkatkan.

Menurut beliau kewujudan ISTIC memudahkan usaha mengintegrasikan pendekatan pembangunan dalam dasar STI negara, yang memberi fokus terhadap pembinan keupayaan, penyediaan platform bagi mendapatkan nasihat berkaitan dasar serta perkongsian pengalaman dan amalan terbaik.

"Sehingga kini, seramai 1,585 petugas dari 82 negara membangun mendapat manfaat secara langsung daripada 33 program pembinaan keupayaan yang dikendalikan ISTIC sejak lima tahun lepas," katanya.

Beliau berkata komitmen Malaysia terhadap Unesco dan keazamanya untuk memberi sokongan kepada negara membangun ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) menjelang 2015, dapat dilihat melalui pemeteraian Program Kerjasama Malaysia Unesco (MUCP) pada 2011, diikuti penubuhan Dana Amanah Malaysia (Malaysian Funds-in-Trust) pada April 2013.

Melalui kerjasama ini, kata beliau, Malaysia dapat memberi sumbangan untuk manfaat Negara Paling Kurang Membangun (LDC), Negara Kepulauan Kecil Sedang Membangun (SIDS) dan Afrika serta negara lain.

Muhyiddin juga memuji negara anggota lain kerana memberi sokongan tidak berbelah bagi untuk menjayakan program berkenaan, termasuk ketika dilanda kesulitan fiskal.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan keyakinan Malaysia bahawa kita akan dapat mengatasi halangan yang ada dalam melaksanakan program utama kita yang meliputi sektor keutamaan Unesco. Melalui kebijaksanaan bersama ini, Insya-Allah kita akan dapat mencapai matlamat yang disasarkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan