Kerja-Kerja Merobohkan Stuktur Di Kawasan Rizab Sungai Bertam Dimulakan

Diterbitkan: Khamis, 7 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kerja-kerja perobohan dimulakan pada Rabu.
Kerja-kerja perobohan dimulakan pada Rabu.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah mula merobohkan struktur haram di kawasan sungai rizab Sungai Bertam, yang mengalir ke Empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar di Cameron Highlands.

Pegawai Daerah Datuk Ahmad Daud berkata pegawai-pegawainya telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk merobohkan bangunan dalam operasi selama tujuh jam bermula sekitar pukul 10 pagi itu.

"Kerja-kerja perobohan akan berterusan sehingga kita selesai membersihkan segala-galanya. Ini supaya JPS boleh memulakan projek RM40 juta untuk mendalam dan meluaskan Sungai Bertam," katanya kepada The Star, di sini, Rabu.

Pada 23 Oktober lalu, bangunan-bangunan di kawasan rizab sungai telah rosak teruk dan tiga nyawa telah hilang dalam banjir lumpur akibat pelepasan air oleh Tenaga Nasional Berhad selepas paras air di dalam takungan meningkat 13 kali ganda lebih cepat daripada biasa.

'The Star', pada Isnin mendedahkan bahawa takungan empangan, Tasik Ringlet, hanya mampu menampung sehingga satu pertiga daripada kapasiti sekarang kerana tanah tidak mapan dan aktiviti penerokaan tanah berleluasa selama ini.

Ahmad berkata, pegawai-pegawainya telah mengenal pasti satu kawasan di Ringlet di mana mereka berharap dapat memindahkan penduduk.

Beliau berkata cadangan kawasan itu, yang tidak boleh didedahkan lagi, akan dibentangkan kepada kerajaan negeri Pahang, sambil menambah beliau percaya ia akan dipertimbangkan kepada penduduk.

Jurutera JPS daerah Cameron Highlands G. Yogendran berkata pegawai-pegawainya akan mewujudkan sebuah sungai rizab dengan ukuran 40m (20m pada setiap sisi ) sehingga 7km dari tembok penahan empangan.

"Kami telah menggunakan jentera untuk keseluruhan bulan ini bagi membantu kerja-kerja perobohan serta pelebaran Sungai Bertam," katanya, sambil menambah setakat ini, mereka telah menandakan sempadan rizab sungai sehingga 3km.

Yogendran berkata kira-kira 120 pegawai terlibat dalam perobohan itu, termasuk dari pejabat daerah, Rela, JPS dan Jabatan Pertahanan Awam.

Sungai Bertam , katanya, akan diperluaskan sementara sehingga 10m, sambil menambah pejabat daerah telah mengukur status undang-undang sama ada sah atau tidak sah daripada ladang-ladang di dalam kawasan rizab sungai.

"Kami mengharapkan mereka membatalkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di ladang pada akhir tahun ini.

"Ini supaya kita boleh meluaskan sungai kepada 20m sebaik sahaja kami menerima dana RM40 juta tahun depan," katanya.

Presiden Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands R.Ramakrishnan berkata perobohan itu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang bantahan daripada penduduk tempatan.

Sambil memuji kerja-kerja perobohan sebagai permulaan positif untuk memenuhi janji pihak berkuasa untuk mengambil kembali rizab sungai, beliau berkata mungkin terdapat beberapa rintangan apabila ia sampai ke tahap melibatkan beberapa bangunan yang lebih besar lagi dan ke bawah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan