Syarikat Keselamatan Beri Senjata Api Kepada Pengawal Sebelum Dapat Permit Polis

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mortadza
Mortadza

PETALING JAYA: Sesetengah firma keselamatan menggaji pengawal mereka tanpa menunggu kelulusan polis yang memberikan permit bagi membolehkan pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, peraturan menetapkan syarikat perlu memohon lesen senjata api terlebih dahulu.

"Selepas itu, firma perlu memohon permit 'bawa dan guna' bagi pengawal yang mereka pilih untuk membawa senjata.

"Walau bagaimanapun, sesetengah firma memberikan senjata api kepada pengawal mereka terlebih dahulu tanpa menunggu permit yang akan diluluskan oleh pihak polis," katanya.

Mortadza berkata terdapat beberapa faktor menyebabkan syarikat tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Biasanya ia akan mengambil masa lebih daripada tiga bulan untuk polis membuat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan sebelum mengeluarkan permit. Kami biasanya memeriksa rekod jenayah manakala Jabatan Pendaftaran Negara akan mengesahkan pengenalan mereka dan maklumat lain yang berkaitan," jelasnya.

Mortadza berkata kelulusan untuk membawa senjata api datang terus dari pejabat Ketua Polis Negara.

"Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam pelesenan syarikat-syarikat yang menggaji dan menguruskan pengawal keselamatan," katanya.

"Sementara lesen senjata api dikeluarkan kepada firma-firma keselamatan selepas pemeriksaan dibuat secara berhati-hati, orang awam perlu mendapatkan kelulusan daripada ketua polis negeri masing-masing untuk mendapatkan permit untuk membawa senjata api," katanya, sambil menambah beberapa firma keselamatan mengupah individu yang telah mempunyai permit.

"Sekali lagi, pemeriksaan berhati-hati mesti dilakukan untuk memastikan permit itu tulen dan firma-firma keselamatan juga perlu menjalankan pemeriksaan mereka sendiri sebelum mengambil mana-mana pengawal," kata beliau.

"Syarikat mesti bertanggungjawab dengan mengupah hanya mereka yang berkelayakan untuk menjadi pengawal keselamatan.

"Mereka perlu mempunyai integriti untuk memastikan keselamatan pelanggan mereka dengan mengupah pengawal yang sesuai untuk tugas itu," katanya.

Mortadza mengakui bahawa isu pengawal dengan MyKad palsu yang telah ditangkap pihak berkuasa adalah mengejutkan dan menambah: "Kami sedang menyiasat bagaimana orang asing boleh mendapat kad palsu.

"Kita mesti mencari siapakah yang membekalkan kad-kad itu."

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata industri keselamatan sangat dikawal selia tetapi banyak syarikat melanggar peraturan, termasuk dalam hal pengambilan pekerja asing sebagai pengawal.

"Kementerian hanya membenarkan firma-firma keselamatan untuk mengupah rakyat Malaysia dan bekas askar Nepal," katanya.

Walaupun kerajaan melakukan pemeriksaan pengawal keselamatan serta pemeriksaan lain, industri keselamatan perlu melakukan kawal selia dalaman.

"Bagaimanapun, jika peraturan tidak dipatuhi, kerajaan perlu campur tangan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan