Subramaniam Sambut Baik Keputusan Sothinathan Tanding Naib Presiden MIC

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada Selasa mengalu-alukan keputusan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk S.Sothinathan untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu 30 November ini.

Menyifatkan ia satu langkah positif dalam mencorak persaingan yang lebih sihat dalam parti, beliau berkata, penyertaan bekas timbalan menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu juga membuktikan keterbukaan parti menerima mana-mana calon untuk bertanding.

"Sebelum ini presiden parti Datuk Seri G. Palanivel telah membuat satu pengumuman bahawa di dalam pertandingan ini (pemilihan) dia tidak mempunyai mana-mana senarai rasmi presiden untuk mana-mana jawatan dan saya menghormati pandangan itu...ia satu pendirian yang baik untuk masa depan parti.

"Justeru penyertaan mana-mana calon termasuk Sothinathan untuk bertanding adalah berasaskan kepada kebolehan sendiri, sumbangan kepada parti dan para perwakilan akan membuat keputusan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Sothinathan pada Selasa berkata, beliau akan bertanding jawatan naib presiden MIC dengan agenda untuk berkhidmat kepada masyarakat India melalui MIC serta memperkukuhkan perpaduan dan kedudukan masyarakat India. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan