Pistol Di Stadium: Khairy Kecewa Aspek Keselamatan Dikompromi

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan penemuan pistol pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Ahad lepas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Selasa melahirkan rasa kecewanya dengan jawatankuasa keselamatan pertandingan tersebut.

Beliau yang terperanjat dengan laporan berkaitan penemuan pistol itu, berkata perkara itu amat serius dan menunjukkan kelemahan pihak penganjur.

"Jika pistol itu sudah ada sebelum pertandingan, maknanya jawatankuasa keselamatan tidak teliti dalam memeriksa kawasan stadium termasuk tandas, jika didapati selepas penonton masuk, maksudnya jawatankuasa gagal memeriksa setiap penonton yang masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di sini.

Beliau bagaimanapun mengakui perlu menunggu dahulu hasil siasatan pihak polis.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan itu, polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas stadium berkenaan.

Pihak polis kini masih dalam usaha mencari pemilik pistol itu dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium.

Selain itu, Khairy berkata sistem penjualan tiket sedia ada sudah lapuk dan sepatutnya digantikan dengan sistem baharu iaitu secara online.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kebanjiran tiket palsu pada perlawanan itu berkata sistem penjualan yang dikendalikan FAM ternyata saban tahun gagal membanteras aktiviti ulat tiket.

"Jika FAM tidak boleh 'handle' penjualan tiket, KBS boleh syorkan prosedur yang baharu," katanya.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dihubungi Bernama berkata, beliau masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai kejadian tersebut dan enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan