Pindaan Akta Kerja 1955 Berhubung Cuti Bersalin Dikuat Kuasa Sejak April 2012

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kerja 1955 yang melibatkan penambahbaikan mengenai faedah bersalin pekerja wanita di negara ini telah berkuat kuasa sejak April tahun lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata penambahbaikan itu termasuk faedah bersalin bagi pekerja wanita tanpa mengira gaji yang diterima.

"Dahulu, faedah ini hanya dinikmati oleh pekerja wanita bergaji RM1,500 ke bawah dan pekerja manual wanita tanpa had gaji," katanya ketika menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PAS-Kuala Langat) di Dewan Rakyat, Rabu.

Abdullah Sani bertanya bila pindaan cuti bersalin untuk pekerja wanita di bawah Akta Kerja 1955 akan dilaksanakan dan sama ada peruntukan kelahiran lima orang anak dalam akta itu akan dipinda.

Ismail berkata mengikut pindaan Akta Kerja 1955, pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu juga layak menerima cuti bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu.

"Mengikut pindaan Akta Kerja 1955 itu, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan penutupan syarikat," katanya.

Ismail berkata pindaan Akta Kerja 1955 antara lain bertujuan memastikan hak dan kebajikan pekerja wanita terpelihara.

Menjawab soalan Abdullah Sani mengenai cadangan menaikkan had cuti bersalin berbayar daripada lima anak kepada tujuh anak dan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta, Ismail berkata perkara itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Menurut Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun adalah dihadkan sehingga lima orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan bagi pekerja di sektor awam," katanya.

Ismail berkata berdasarkan pertemuan Kementerian Sumber Manusia dengan majikan sektor swasta, mereka belum bersedia untuk melaksanakan cadangan menaikkan had cuti bersalin berbayar dan menambah cuti itu sehingga 90 hari kerana ia melibatkan pertambahan perbelanjaan yang banyak kepada syarikat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan