Pembangkang Mahu Malaysia Tarik Diri Perjanjian TPPA Ekoran Skandal Pengintipan

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang mahukan kerajaan Malaysia melakukan tindakan lebih tegas terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Australia seperti menarik diri daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) ekoran skandal pengintipan yang dibuat oleh AS di dalam negara ini.

Anggota Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago berkata, kerajaan seharusnya meniru langkah Kesatuan Eropah (EU) yang terus mendesak AS menghentikan perbuatan intipan dan pengumpulan data mereka ke atas negara sekutu AS.

"Pengintipan AS mungkin menjalankan intipan terhadap rakyat Malaysia termasuk para menteri. Kerajaan harus mendesak AS untuk mendedahkan maklumat individu mana yang sedang diintip AS," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, Rabu.

Beliau juga mencadangkan supaya perbincangan mengenai TPPA hanya disambung semula selepas AS bersetuju untuk memberikan butiran aktiviti pengintipannya kepada Malaysia kerana ini melibatkan kedaulatan negara, katanya.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut memanggil Duta Besar AS di sini untuk meminta penjelasan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan