PAC Cadang Penubuhan Akademi Pilihan Raya Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan menubuhkan Akademi Pilihanraya Malaysia bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan sistematik dan lebih profesional.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sudah tiba masanya kerajaan mempertimbang penubuhan akademi khas itu bagi melatih petugas pilihan raya secara konsisten, seterusnya meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sebelum ini, kita sendiri dapat lihat bahawa proses melatih petugas pilihan raya dilakukan secara bermusim, ia juga antara penyebab mengapa ada pihak yang mempertikaikan SPR.

"SPR memerlukan petugas yang mahir dalam proses serta prosedur pilihan raya dan ia (kemahiran) hanya akan dapat dicapai sekiranya latihan pilihan raya itu dilakukan secara konsisten," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Terdahulu, Nur Jazlan melawat Ibu Pejabat SPR di Putrajaya dan diberi taklimat oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan meminta kerajaan memberi lebih peruntukan kepada SPR untuk menjalankan aktiviti kempen serta publisiti agensi berkenaan kepada masyarakat.

Peruntukan itu bagi memastikan setiap kempen dan publisiti yang diadakan SPR untuk mendaftar sebagai pengundi lebih menarik.

"Kalau kita lihat gerakan kempen dan publisiti SPR, (ia) amat menyedihkan, tengok sahaja di pusat beli belah, kakitangan hanya dibekalkan dengan payung serta kerusi dan meja plastik," katanya.

Mengenai proses persempadanan semula yang akan dilaksanakan SPR, beliau meminta ia tidak dimanipulasikan mana-mana pihak kerana SPR menjalankan tugas mengikut Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, katanya SPR perlu diberikan masa secukupnya untuk memastikan proses persempadanan semula yang bertujuan memastikan segenap lapisan masyarakat di negara ini tidak terpinggir, dapat dilaksanakan dengan lancar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan