Nota Bantahan Diserahkan Kepada AS, Australia Mengenai Aktiviti Pengintipan Di Malaysia - Najib

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia mengenai laporan aktiviti pengintipan AS di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dimaklumkan oleh kerajaan AS bahawa Presiden Barack Obama mengarahkan aktiviti kedutaannya dikaji semula.

Beliau mengulas mengenai laporan pada minggu lalu bahawa pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia telah digunakan sebagai sebahagian daripada operasi pengintipan secara global yang dilakukan AS.

"Pada dasarnya kita membantah sebarang bentuk pengintipan dan pengawasan terhadap mana-mana kerajaan.

"Perkara ini membabitkan kedaulatan negara kita dan negara kita mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara ini.

"Ia adalah berbentuk nota bantahan dan kami meminta Kementerian Luar untuk membuat kenyataan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di sini, Selasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan