Malaysia Sokong Penuh Usaha Bantu Negara Anggota Unesco Capai Matlamat EFA

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Malaysia menyokong penuh segala usaha untuk membantu negara-negara rakan anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mencapai matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sejak penerimaan enam matlamat Pendidikan untuk Semua (EFA) dan lapan Matlamat Pembangunan Alaf (MDG) pada tahun 2000, kejayaan memberangsangkan telah dicapai dalam pelbagai bidang.

"Namun, kita akui bahawa masih banyak perlu dilakukan berikutan data yang dikeluarkan Institute for Statistics (UIS) Unesco yang termasuk tentang 57 juta kanak-kanak pada usia sekolah rendah dan 69 juta kanak-kanak pada usia sekolah menengah rendah ketika ini tidak mendapat peluang pendidikan asas.

"Kira-kira 250 juta kanak-kanak masih buta huruf dan tidak mempunyai kemahiran asas sekalipun telah mengikuti persekolahan formal selama empat tahun.

"Lebih 84 peratus dewasa dunia kini boleh membaca, tetapi kira-kira 774 juta dewasa kekal buta huruf dan dua pertiga daripadanya adalah wanita.

"Kebanyakan golongan buta huruf dunia berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat dan wilayah Sub-Sahara di Afrika.

"Dan 3.5 juta posisi pendidikan menengah baru perlu diwujudkan menjelang 2015 dan 1.6 juta guru tambahan akan diperlukan bagi mencapai Pendidikan Rendah Universal menjelang 2015," kata beliau pada Sesi ke-37 Forum Pemimpin Persidangan Agung Unesco di sini Rabu.

Berlandaskan latar belakang ini, Muhyiddin berkata Malaysia yakin bahawa sokongan akan muncul dari Forum ini ke arah menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk itu, kata beliau Unesco perlu memperkasa lagi peranan pendidikan serta sumbangan daripada sains, kebudayaan dan komunikasi dan maklumat, dalam merencana agenda pembangunan pasca 2015.

"Yang utama di antaranya ialah menonjolkan kempimpinan pada keseluruhan initiatif EFA, pemberesan roadmapnya untuk menentukan konsistensi ke arah kemuktamadannya menjelang 2015, menetapkan agenda selepas 2015 dan mempengaruhi keazaman politik peringkat tinggi di kalangan negara-negara anggota," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pencapaian Malaysia dalam matlamat EFA dan MDG adalah begitu terkedepan dari tarikh 2015 yang dijadualkan.

"Sebagai mengiktiraf hal ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Oktober menganugerahi Malaysia "UN Malaysia Award" kerana pencapaian Matlamat Pembangunan Alaf 2 - Mencapai Pendidikan Rendah Universal, dan kami amat berterima kasih kerana ini.

Beliau juga mengambil perhatian bahawa Malaysia menyokong kuat agar dihasilkan kesepakatan yang jelas, dalam agensi pembangunan global pasca 2015 antara enam matlamat EFA, yang diluluskan di Dakar (Senegal) pada 2000, dan MDG, termasuk Inisiatif Pertama Pendidikan Global Setiausaha Agung, yang dibentuk pada 2012.

Malaysia mahu agenda EFA tidak saja dilihat terlaksana; tetapi ia mesti dilaksana, kerana manfaatnya banyak, kata beliau.

"Untuk itu, saya ingin menyatakan dan menggesa komitmen dan usaha yang lebih cergas di kalangan kita yang bersidang di sini hari ini agar ia direalisasi sepenuhnya," kata beliau.

Beberapa orang ketua negara dan kira-kira 150 menteri dan perwakilan dari semua 195 negara anggota Unesco berhimpun di sini mulai Selasa untuk menyertai persidangan agung pertubuhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan