Iskandar Malaysia Catat Pelaburan RM129.42 Bilion Setakat Oktober 2013

Diterbitkan: Rabu, 6 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menunjukkan paparan skrin aplikasi panduan perjalanan kepada para pelawat ke Iskandar Malaysia menerusi telefon pintar ketika pelancaran aplikasi itu serta pelaksanaan Program Rendah Karbon Iskanadar Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Parlimen di Kuala Lumpur, Rabu. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Setiausaha Agung Treasury, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM129.42 bilion dari 2006 sehingga Oktober tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled, yang juga pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata daripada jumlah itu, 44 peratus atau RM56.32 bilion adalah pelaburan yang telah direalisasikan.

"Setakat ini, pelabur tempatan menyumbang RM84.61 bilion (65 peratus) kepada pelaburan dijanjikan dengan baki RM44.81 bilion datang dari seberang laut," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berikutan pelancaran Pelaksanaan Inisiatif Rendah Karbon dan Aplikasi Mudah Alih Pelancong Iskandar Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Mohamed Khaled berkata pengilangan (termasuk elektrikal dan elektronik, petrokimia dan oleo-kimia serta makanan dan perkembangan agro) mencatatkan pelaburan komited terkumpul tertinggi iaitu sebanyak RM45.6 bilion.

Ini diikuti oleh logistik sebanyak RM4.81 billion, pelancongan (RM2.5 bilion), penjagaan kesihatan (RM2.59 bilion), pendidikan (RM.156 bilion), perkhidmatan kewangan (RM0.6 bilion) dan industri kreatif (RM0.4 bilion).

Beliau berkata sektor hartanah juga menyumbang kepada pembangunan Iskandar Malaysia, dengan bahagian kediaman, runcit dan perindustrian secara bersama menyumbangkan pelaburan terkumpul sebanyak RM49.31 bilion sehingga 31 Oktober diikuti utiliti pada RM12.64 bilion.

Pelaburan kerajaan, terutama dalam prasarana dan kemudahan awam serta teknologi terkini, masing-masing menyumbang RM8.31 bilion dan RM1.03 bilion kepada keseluruhan pelaburan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan