Pembelian Hotel Di London Pelbagaikan Pelaburan Felda - Isa

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembelian sebuah hotel di London oleh Felda bertujuan mempelbagaikan pelaburan di samping menambah pegangannya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam mempertahankan pembelian itu pada Isnin, menekankan bahawa bantahan terhadap pembelian itu, dengan alasan ia dibeli pada harga yang tinggi, hanya dibuat oleh DAP.

"Tidak ada salahnya membeli hartanah di London. Malah Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli hartanah di sana," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku 'Meneroka Impian Mencapai Wawasan', diterbitkan oleh Felda, di sini Isnin.

Buku itu dilancarkan oleh Tun Rahah Mohammad Noah, ibu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib turut hadir pada majlis itu bersama-sama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Isa berkata, pembelian itu dibuat oleh lembaga pengarah Felda dan bukannya melalui Felda Global Venture Holding (FGV), yang menguruskan perniagaan kelapa sawit dan kegiatan hiliran.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menolak tanggapan bahawa Felda tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman untuk mengurus hotel itu, sambil menambah bahawa agensi itu kini mengendalikan beberapa hotel di negara ini.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Di samping itu, Felda juga mempunyai sebuah kolej untuk peneroka generasi kedua Felda, bagi melatih mereka dalam perniagaan katering," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan