Kesan Kadar Gaji Minimum Dikaji Enam Bulan Selepas Pelaksanaan - Riot

Diterbitkan: Selasa, 5 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji kesan kadar gaji minimum yang dilaksana mulai 1 Januari depan pada pertengahan 2014.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kajian itu, yang dijangka bermula pada Mei atau Jun, akan memfokus kepada keadaan ekonomi semasa serta kesan penguatkuasaan gaji minimun.

"Kajian semula tersebut selaras dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang mengkehendaki kadar berkenaan dikaji setiap dua tahun," katanya pada sidang akhbar selepas Program Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Serian di Kampung Krusen Mawang pada Isnin.

Pada Ahad, pada satu majlis di Labuan, Riot berkata gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksana sepenuhnya mulai 1 Januari 2014.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengambil kira semua perkara yang boleh menjejas pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan