Proses Pengundian PRK Sungai Limau Bermula

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Warga-warga emas menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA
Warga-warga emas menunggu giliran untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA

YAN: Selepas 12 hari tempoh berkempen tamat pukul 12 tengah malam Ahad, 27,222 pengundi berdaftar mula menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Kesemua 17 pusat mengundi mula dibuka tempat pukul 8 pagi Isnin.

Tempoh pembuangan undi akan berakhir tepat pukul 5 petang dan kemudiannya proses pengiraan undi dijangka bermula 6 petang.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menentang wakil PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada PRU-13.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan