PRK Sungai Limau: Penjumlahan Undi Bermula

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bermula pukul 5.30 petang Isnin di pusat-pusat pengundian.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas itu jumlah undi yang diperoleh calon-calon bertanding akan dikumpulkan di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

SPR menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam Isnin.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar, meliputi 25,323 orang atau 93 peratus pengundi Melayu, 1,842 orang atau 6.7 peratus (Cina), 15 orang atau 0.6 peratus (India) dan selebihnya kaum-kaum lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan