PRK Sungai Limau: 83.2% Keluar Mengundi Hingga 4 Petang

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Setelah lapan jam proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka, seramai 22,642 orang atau 83.2 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Orang ramai mula membanjiri 17 pusat pembuangan undi sejak proses pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjangkakan jumlah keseluruhan peratus keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan